Thursday, April 23, 2009

JiLsaH Al-Allamah Habib Umar Bin Hafidz

http://2.bp.blogspot.com/_9DDP2Tnbzb4/Sez9lILbWCI/AAAAAAAABdw/KqcOxIT1qks/s320/majlis+Habib+Umar+di+Malaysia.jpg

Wednesday, February 18, 2009

PENGAJIAN PONDOK

Kuliyyah Tetap Bulanan

Nama : Ustaz Hassan Zahari bin Idris

Daripada : Pengajian Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas , Kelantan

Kitab Pengajian :

· Faridatul faraid-(Surau Kampung Rumbia,Beserah)

Hari jumaat selepas maghrib

· Tafsir Al-Jalalain & Penawar bagi hati(Madrasah As-salikin,Kg. Jeram, Beserah)

Hari Sabtu(Kuliah Dhuha-8.30pagi)

· Hidayatussalikin(Surau Haji Zainun(pak inun)

Hari sabtu(selepas maghrib)

· Pedoman sembahyang berjemaah(Surau Hj.Abdullah,

Kg.Pantai,Beserah)

Hari Ahad(7.30 pagi)

· Tafsir Al-Jalalain & Wasshah

Hari Ahad(Kuliah dhuha-9.30pagi)

· Ad-darussamin

Hari Ahad(Selepas maghrib)

KULIYYAH AKAN DI ADAKAN PADA SETIAP BULAN PADA MINGGU YANG PERTAMA.


KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH SUBHANAHUWATAALA


Friday, February 13, 2009

KEHIDUPAN DI PONDOK YANG MUJAHADAH

السلامعليكم .............Alhamdulillah baru-baru ni ana dan 2 orang sahabat ana telah pergi ke kelantan untuk ziarah ustaz yang berada di pondok pasir tumboh kelantan pada cuti raya cina yang lalu.Kami telah duduk di sana selama 3 hari. Sepanjang ana duduk di pondok ana rasakan jauh perbezaan di antara kehidupan di pondok dan kehidupan di universiti. Mereka disana sungguh mujahadah dalam mencari ilmu agama. Mereka lebih suka kesusahan di dalam menuntut ilmu kerana kesusahan itulah yang membuat ilmu itu semakin berkat tetapi kalau hendak di bandingkan di universiti kalau susah sedikit pun dah merengek dan mengadu kepada pihak atasan. Segala kemudahan dan kesenangan tersedia di universiti dalam mencari ilmu. Pagi-pagi mereka telah bangun untuk solat subuh secara berjemaah...ustaz akan memastikan bahwa semua pelajar pondok akan turun untuk solat subuh dengan mengejutkan semua pelajar dengan mengetuk pintu setiap pondok yang ada. Lihatlah betapa istiqamahnya ustaz di sana dlam melakukan tangungjawab mereka..Kehidupan di pondok akan membuatkan kita jauh dari dunia yang penuh dengan tipudaya..kita akan merasakan suasana untuk menuntut ilmu agama dan beramal...Selepas sahaja selesai menunaikan solat subuh semua warga pondok akan wirid sehinggalah sampai waktu syuruk..Kami yang tidak biasa ini pastinya akan terangguk-angguk di sebabkan sudah menjadi kebiasaan selepas solat subuh aka terus tido sahaja..Selaps sampai waktu syuruk dalam setengah jam lagi sesi pengajian akan bermula...pada masa itu kami menadah kitab hidayatus shobian kitab yang membicara tentang ilmu fiqh..Ustaz yang mengajar disana sungguh istiqamah dan zuhud mereka tidak menerima gaji atau upah dalam melaksanakan tangunggjawab mereka..Walaubagaimanapun mereka masih lagi boleh hidup senang walaupun ada orang kata kalu orang yang mengaji pondok ni nak makn ape ....nak makn pasir ker...tiada kelulusan..tidak tahu ilmu dunia lah dan macam2 lagi...tetapi sekarang ini yang belajar tinggi-tinggi pun keluar belum tentu boleh dapat kerja lagi...Ada seorang ustaz cerita pada ana orang yang kata belajar pondok nak makn apa tu yang akhirnya mari minta pertolongan darpd ustaz yang mengajar kat sini....itulah manusia kan..lupa yang beri rezeki tu bukan lah manusia tapi Allah taala..Sekarang ini ibu bapa lebih bangga dan suka anak mereka belajar di luar negara..daripada seorang anak yang mujahadah belajar di pondok..itulah manusiakan...sebut sahaja pondok orang akan pandang lekeh..Bagi ana pondoklah institusi pengajian yang lebih tinggi drp IPTA2 yang ada di malaysia...Ini kerana pondok bukan sahaja menjadi kilang kepada ilmu tetapi menjadi pusat pentarbiyahan yang sungguh berkesan..Kalau di pondok mereka mampu mengubah seorang yang dulunya mungkin seorang bekas penagih kini mampu memjadi imam atau ustaz tetapi seorang yang dulunya bersekolah agama mungkin tidak mampu di tarbiyyah apabila sudah masuk ke universiti..mereka terus hanyut di buai mimpi yang indah..Anak-anak yang belajar di IPTA mungkin tidak mampu untuk menjadi imam apabila kedua ibubapa..tetapi anak-anak yang belajar dipondok lah yang mampu memberi khidmat yang terbaik apabila ibubapa sudah hendak berpisah dengan dunia yang fana, ini....