Friday, April 8, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Assalamualaikum....Kadang-kadang ada kedengaran orang yang mengatakan Sambutan Maulidur Rasul ialah suatu perkara baru Bidaah iaitu perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Para Sahabat Rasulullah juga tidak melakukan perkara ini. Tapi jika difikirkan adakah kuat ingatan kita pada junjungan besar kita Rasulullah SAW...Khaira khalqillah..Adakah kita selalu mengingatinya seperti yang dilakukan oleh para Sahabat RA ajmaein..adakah bibir kita sentiasa melazimi dengan berselawat ke atas Rasulullah...Adakah tubuh badan kita sentiasa diselimuti oleh cara berpakaian Rasulullah... Maka jawapannya tidak bibir kita sentiasa melazimi dengan mengingati dunia...tubuh badan kita sentiasa dilazimi dengan cara berpakaian bukan daripada cara Rasulullah SAW berpakaian...Inilah satu-satunya cara untuk kita mengingati sirah perjuangan Rasulullah...bulan pemangkin semangat untuk kita ittiba' Sunnah Rasulullah di atas muka bumi ini. Rasulullah memang tidak meminta untuk di agung-agungkannya tetapi adakah kita tidak berterima kasih kepada orang yang telah berjasa besar kepada kita yang telah menyampaikan Islam kepada kita..Ya Rasulallah kami amat merinduimu...

MAJLIS HAUL SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI


MAJLIS BERSAMA ULAMA



HABIB ABDUR RAHMAN BIN ALI MASYHOOR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BEN HAFIDZ
Beliau merupakan Mudir Darul Mustofa cawangan Bandaraya Sanaa, Yaman.
Ayahandanya, Habib Ali Masyhoor adalah Mufti Tarim sekarang,
Habib Ali merupakan abang Habib Umar Bin Muhammad Ben Hafidz.

pada :
AHAD INI
10 APRIL 2011
LEPAS MAGHRIB
(7.00 ptg - 9.30 mlm)

DI MASJID AL-FALAH USJ 9

BAWALAH KELUARGA DAN ANAK2 ANDA BERSAMA
AGAR KITA SEMUA DIBERIKAN KESEJAHTERAAN DUNIA / AKHIRAT.

kerjasama anda diperlukan untuk menyebarkan maklumat ini
jazakumullah khairan kathiran