

Kopiah Tabligh-RM6.00
Kopiah Grip-RM6.00
pelajar pondok akan turun untuk solat subuh dengan mengejutkan semua pelajar dengan mengetuk pintu setiap pondok yang ada. Lihatlah betapa istiqamahnya ustaz di sana dlam melakukan tangungjawab mereka..Kehidupan di pondok akan membuatkan kita jauh dari dunia yang penuh dengan tipudaya..kita akan merasakan suasana untuk menuntut ilmu agama dan beramal...Selepas sahaja selesai menunaikan solat subuh semua warga pondok akan wirid sehinggalah sampai waktu syuruk..Kami yang tidak biasa ini pastinya akan terangguk-angguk di sebabkan sudah menjadi kebiasaan selepas solat subuh aka terus tido sahaja..Selaps sampai waktu syuruk dalam setengah jam lagi sesi pengajian akan bermula...pada masa itu kami menadah kitab hidayatus shobian kitab yang membicara tentang ilmu fiqh..Ustaz yang mengajar disana sungguh istiqamah dan zuhud mereka tidak menerima gaji atau upah dalam melaksanakan tangunggjawab mereka..
Walaubagaimanapun mereka masih lagi boleh hidup senang walaupun ada orang kata kalu orang yang mengaji pondok ni nak makn ape ....nak makn pasir ker...tiada kelulusan..tidak tahu ilmu dunia lah dan macam2 lagi...tetapi sekarang ini yang belajar tinggi-tinggi pun keluar belum tentu boleh dapat kerja lagi...Ada seorang ustaz cerita pada ana orang yang kata belajar pondok nak makn apa tu yang akhirnya mari minta pertolongan darpd ustaz yang mengajar kat sini....itulah manusia kan..lupa yang beri rezeki tu bukan lah manusia tapi Allah taala..Sekarang ini ibu bapa lebih bangga dan suka anak mereka belajar di luar negara..daripada seorang anak yang mujahadah belajar di pondok..itulah manusiakan...sebut sahaja pondok orang akan pandang lekeh..Bagi ana pondoklah institusi pengajian yang lebih tinggi drp IPTA2 yang ada di malaysia...Ini kerana pondok bukan sahaja menjadi kilang kepada ilmu tetapi menjadi pusat pentarbiyahan yang sungguh berkesan..Kalau di pondok mereka mampu mengubah seorang yang dulunya mungkin seorang bekas penagih kini mampu memjadi imam atau ustaz tetapi seorang yang dulunya bersekolah agama mungkin tidak mampu di tarbiyyah apabila sudah masuk ke universiti..mereka terus hanyut di buai mimpi yang indah..Anak-anak yang belajar di IPTA mungkin tidak mampu untuk menjadi imam apabila kedua ibubapa..tetapi anak-anak yang belajar dipondok lah yang mampu memberi khidmat yang terbaik apabila ibubapa sudah hendak berpisah dengan dunia yang fana, ini....