Tuesday, April 1, 2008

PEMIMPIN YANG MESTI KITA TAAT

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."(Surah An-Nisa':59)

Kita hendaklah taat kepada Allah iaitu dengan maksud yang lain melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya.Jalan untuk kita taat kepada Allah ialah dengan makrifatullah iaitu mengenal Allah taala.Kalau kita tengok umat Islam sekarang yang semakin berani melanggar perintah Allah dengan melakukan maksiat disebabkan mereka tidak mengenal tuhan, tidak mengenal sifat-sifat tuhan, bagaimana syurga, bagaimana neraka, konsep pahala dan dosa. Keduanya kita mestilah taat kepada rasul iaitu utusan yang telah di hantar oleh Allah untuk menyampaikan Islam.Taraf rasul berlainan dengan taraf pemimpin, rasul tidak boleh di samakankan kedudukannya dengan para pemimpin.Kerana dia adalah "The Choosen One" yang telah di pilih Allah untuk menyampaikan ajarannnya.Manusia biasa tidak boleh menjadi rasul atau sampai ke tahap rasul walaupun dia membuat amal sebanyak mana pun, tetapi manusia boleh berusaha menjadi wali atau orang yang hampir dengan Allah.Jadi sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kita semestinya harus taat kepada beliau kerana segala Amal dan perbuatannya datang daripada Allah S.W.T. Ketiga kita mestilah taat kepada (ulil-amri) yakni pemimpin.Ramai di kalangan kita salah menafsirkan ayat ini iaitu kita mesti taat pada apa segala yang pemimpin buat tanpa menghiraukan apa yang mereka buat itu berlandaskan syarak atu tidak dalam erti kata lain pemimpin yang kita hendak taat itu mestilah taat kepada Allah dan rasul.Jika pemimpin ini ingkar dengan perintah Allah dan rasul maka tidak wajib untuk kita mentaatinya.

No comments: