| |
Pengajian secara bertalaqqi merupakan satu system pengajian yang dijalankan secara halaqah, dipimpin oleh seorang guru, menggunakan kitab tertentu bagi mencapai satu maqam tertentu. Iaitu satu modul pengajian tekstual yang lengkap tentang ilmu-ilmu Islam khususnya merangkumi bidang akidah, syariah dan akhlak. Sebenarnya, pewarisan ilmu ini adalah berpunca daripada Baginda SAW sendiri yang mengecapi lautan keilmuan dengan mata hati yang suci hasil limpahan wahyu dari Rab al-Jalil.
Apa yang diajarkan kepada Baginda SAW mudah difahami, dihayati clan dijiwai. Seterusnya diwariskan pula kepada para sahabat, tabi’in, tabi' tabi'in dan generasi seterusnya. Sehinggalah sampai ke zaman kita dengan satu set pemahaman, pengamalan clan penghayatan yang lengkap dan menyeluruh. System ini memberikan kita satu jaminan bahawa tiada ruang untuk seseorang itu melakukan penyelewengan terhadap sesuatu perkara yang diketahui umum .
Bahkan segala bentuk kekurangan atau penyelewengan mudah dikenaipasti dan dibaikpulih bagi menjamin nilai estetika ilmu dan pengamalan itu sendiri. Pendek kata, fahaman, pengamalan clan perilakuan kita bersumberkan kepada asas clan methodology yang jelas dan benar.
2.0 DEFINESI
Apabila disebutkan Pengajian fiqh secara bertalaqqi maksudnya merujuk kepada pakej pengajian ilmu feqah secara tekstual dari huruf ke huruf. Seni pengajian ini mempunyai enam rukun utama. Iaitu guru, silsilah, kitab, murid, tempat clan matiamat.
2.1 Guru hendaklah seorang yang alim (menguasai seni fiqh secara menyeluruh dan mendalam).
2.2 Guru sewajarnya mempunyai silsilah yang jelas. Iaitu memiliki jaringan sanad - sanad yang sampai kepada Rasulullah SAW. Hal ini penting bagi menjamin keaslian fahaman dan limpahan keberkatan.
2.3 Pembelajaran fiqh secara talaqqi lazimnya mempunyai rangkaian kitab yang tersendiri sebagai sukatan teras. Ia terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat Ibtida'i : iaitu peringkat asas pembelajaran. Khususnya untuk para fuqara' (para pelajar secara talaqqi) yang ingin memulakan pengajian tanpa sebarang asas pengetahuan. Antara kitab-kitab yang digunakan seperti seperti kitab Perukunan, Munyat al-Musolli, Safinat al-Naja, Idaman Penuntut, Matla' al-Badrain, Sabil al¬Muhtadin dan lain-lain. Kedua, Peringkat Thanawi : iaitu peringkat menengah.
Khususnya bagi mereka yang telah mempunyai asas pengetahuan fiqh dan berminat untuk memperluaskan pengetahuannya. Antara kitab-kitab yang diajar ialah seperti I'anah al-Tholibin, Kifayah al-Akhyar, al-Iqna' fi Hal al-Fadz Abi Syuja', al-Bujairimi 'ala al-Khatib, Mughni Muhtaj, al-Tuhfah, al-Nihayah clan lain¬lain. Ketiga, Peringkat al- "Ally : iaitu peringkat tertinggi. Khususnya bagi fuqara' yang ingin menguasai permasalahan fehqiyyah secara mendalam. Bahkan mampu menyelesaikan permasalahan ranting feqhiyyah berdasarkan kaedah dan dalil-dalilnya. Antara kitab-kitab yang diajarkan pada tahap ini ialah seperti Hasyiatan li Umairah wa Qaliubi, Minhaj al-Thalibin, Raudhah al-Thalibin, al¬Majmu' syarh al-Muhadzab, al-Muharrar dan lain-lain. Ketiga-tiga peringkat pengajian ini berdasarkan kepada fiqh mazhab al-Syafi'ie menerusi pemahaman dan penilaian ulamak al-Syafi'iyyah.
Lantaran itu, terdapat rumuz atau istilah-istilah teknikal feqhiyyah yang harus difaharni. Umpamanya Qaul Qadim, qaul Jadid, Qaul ashah, sahih, adzhar, masyhur, syeikh mazhab, ashab dan lain-lain. Selain itu, fiqh perbandingan mazhab juga turut diajar sebagai bahan komparatif, tetapi tidak secara mendalam. Pokoknya, para fuqara' dapat mengetahui clan membezakan antara khilaf mazhab dengan khilaf ashab.
2.4 Murid bermaksud individu yang mengiginkan sesuatu khususnya ilmu. Dalam konteks pengajian talaqqi, murid ialah mana-mana individu yang mempelajari ilmu pengetahuan secara berguru, berkitab dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap proses pembelajaran clan pembentukan diri. Kebanyakkan mereka terikat dengan syarat clan adab-adab pengajian tertentu.
2.5 Manakala tempat, diistilah sebagai pusat pengajian yang khusus. Kebiasaannya merujuk kepada pondok-pondok yang dimiliki individu tertentu yang bertindak sebagai Tuan Guru. Dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Pondok - pondok ini dibina oleh Tuan-tuan Guru berbekalkan keupayaan yang terhad.
Disamping mengorbankan apa yang ada, sesetengahnya juga menerima sumbangan masyarakat tempatan untuk diwakafkan sebagai harta ikhlas. Namun ada juga Tuan-tuan yang menjadikan surau dan rumahnya sebagai pusat pengajian disebabkan ketidakmampuan untuk membuka pondok sebagai pusat pengajian. Walau apapun bentuk pengorbanan yang dicurahkan, sambutan kepada pengajian ilmu secara bertalaqqi tetap mendapat sambutan dikalangan masyarakat kita. Situasi inilah sebenarnya yang menghidupkan budaya ilmu dan menjamin pegangan dan pengamalan yang benar.
2.6 Pengajian fiqh secara bertalaqqi mempunyai matlamat yang jelas. Antaranya :
a) Mencorak pegangan yang benar.
b) Mewujudkan pemahaman yang mantap.
c) Menyemai integriti yang tinggi.
3.0 KEPENTINGAN
a) Pengajian fiqh secara talaqqi menawarkan pengajian iimu fiqh secara teratur, berdisiplin dan menyeluruh.
b) Menghayati butiran pengajian secara mendalam merangkumi teori dan praktikal.
c) Membuat rujukan kepada sumber clan ahlinya bagi menjamin keaslian, keseragaman fahaman clan pengamalan.
d) Membentuk sikap dan keperibadian yang baik.
e) Mewarisi limpahan keberkatan ilmu.
4.0 SYARAT DAN ADAB
Dalam kghairahan pengajian talaqqi, penulis berpendapat syarat dan adab tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja sebagaimana pengajian biasa. Sebenarnya, kedudukan syarat dan adab ini diperincikan oleh Tuan-tuan Guru tertentu dan mungkin ia kelihatan sedikit berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Namun, beberapa syarat clan adab perlu difahami dalam system pengajian ini. Antaranya seperti :
a) Keikhlasan
b) Kesungguhan
c) Masa yang panjang
d) Kitab yang muktabar
e) System pengajian yang teratur
f) Guru yang baik (alim, warak, zuhud dll)
g) Wujudnya generasi pelapis
h) Suasana yang baik
5.0 LANGKAH - LANGKAH
Kebanyakkan dari kita tidak mempelajari kitab secara talaqqi khususnya isu-isu yang melibatkan rangkaian asas seperti akidah, syariah dan akhlak. Akan tetapi kita mempunyai sensitivity yang tinggi terhadap agama. Pendek kata, hati kita begitu meruntun untuk membijakkan diri dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang bersifat kontemporari. Maka wujudlah si buta berlagak celik, sijahil berlagak alim serta si alim membisu seribu bahasa. Akhirnya, isu-isu kontemporari dimuktamadkan secara kejam ala zionisme. Lantaran itu, sayugianya beberapa inisiatif perlu diambii kira bagi merawat apa yang beriaku. Antaranya ialah :
a) Menyedari clan menginsafi kekurangan diri.
b) Menanam semangat cintakan ilmu pengetahuan secara bersilsilah.
c) Berusaha memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan.
d) Sanggup berkorban demi mencari keredhaan Tuhan.
e) Menepati kaedah takhalli, tahalli clan tajalli.
f) Selalu mengakauntabiliti diri.
6.0 KESAN
Pengajian fiqh secara talaqqi menjanjikan beberapa keistimewaan. Antara kesan yang boleh diperolehi ialah :
a) Menjamin pakej pegangan, fahaman dan pengamalan yang benar
b) Mengelak sebarang syubhat atau penyelewengan.
c) Menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
d) Memberi keyakinan yang tinggi.
e) Mewarisi sumber yang asli.
f) Mutu disiplin ilmu yang terjamin.
7.0 KESIMPULAN
Setelah kita memahami latarbelakang pengajian fiqh secara talaqqi maka periulah kita sama-sama menganjakkan satu kesedaran dalam sanubari bahawa system pengajian ini satu tuntutan. Bahkan ia merupakan satu-satunya wacana iimiyyah yang asli yang diwarisi dari silsilah kepada satu silsilah yang lain. Seterusnya mempertemukan kita dengan junjungan Rasulullah SAW sebagai guru mursyid yang sempurna.
Kita juga perlu menyedari bahawa system pengajian ini sewajarnya diterus dan dipertahankan walau apa jua cabaran clan keadaan sekalipun. Demi mempertahan clan menjamin nitai-dan maruah ilmu itu sendiri.
Justeru, semua pihak harus memainkan peranan secara aktif dan bersepadu bagi menjayakan misi dan visi pengajian talaqqi. Kita perlu bersedia untuk mengorbankan apa sahaja asalkan kesinambungan ilmu yang benar tetap teguh terpelihara. Gunakalah pendekatan yang terbaik bagi menghasilkan pulangan lumayan demi kebahagiaan dunia clan akhirat. Wassalam.
No comments:
Post a Comment